Berita

Bengkel Verifikasi Data Gunatanah Negeri Kedah

Pengenalan

22hb April 2018 | Jerai Hill Resort | Gurun Kedah

Jabatan telah menganjurkan Bengkel Verifikasi Data Gunatanah Negeri Kedah untuk sesi data Julai - Disember 2017 yang diadakan di Jerai Hill Resort, Gurun, Kedah.

Info

Seramai 35 orang peserta terdiri daripada warga PLANMalaysia@Kedah, PLANMalaysia@BMGN, PLANMalaysia@PPZU dan wakil-wakil dari PBT Negeri Kedah telah menyertai bengkel ini bertujuan untuk bersama-sama mengesahkan data pembangunan yang diluluskan dalam bulan Julai hingga Disember 2017.


Bengkel ini diadakan selama tiga (3) hari iaitu bermula pada 22 - 24 April 2018 dan dianjurkan sepenuhnya oleh PLANMalaysia@Kedah.

Galeri

Gambar Program