Aktiviti

Lawatan Kerja Teknikal Ke IRDA

Pengenalan

Perwakilan dari PLANMalaysia@Kedah seramai 26 orang, diketuai oleh Timbalan Pengarah (Perancangan) En. Abd Talip bin Abd Rahman pada hari ini telah mengadakan kunjungan ke Iskandar Regional Development Authority (IRDA).

Info

26 April 2018 Johor Bahru Johor

Kunjungan ini adalah bertujuan untuk mendengar dan mempelajari pengalaman eksklusif IRDA dalam merancang dan membangunkan Wilayah Iskandar sejak 12 tahun yang lalu. Jabatan memilih untuk melihat sendiri pendekatan yang digunakan IRDA dalam membangunkan wilayah tersebut yang terletak di sempadan negara iaitu di selatan tanah air. Pengalaman yang dipelajari ini seterusnya boleh diaplikasikan dalam membangunkan Bandar Bebas Cukai Bukit Kayu Hitam yang juga memiliki kriteria yang sama iaitu terletak di sempadan negara.

Jabatan juga berasa amat bertuah dan berterima kasih dengan perkongsian yang begitu informatif yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif IRDA, Y.Bhg Datuk TPr. Ismail bin Ibrahim dan Ketua Bahagian Perancangan & Pematuhan IRDA , Puan Maimunah Jaffar. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang dikongsikan dapat diaplikasikan sebaiknya di dalam membangunkan Negeri Kedah.

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my