Projek Unit Projek Khas

Penyediaan Pelan Cadangan Pembangunan Tanjung Mali, Langkawi

Image

Pengenalan

28hb September 2020 | Alor Setar, Kedah

Penyediaan Pelan Cadangan Pembangunan Tanjung Mali, Langkawi ini adalah sebagai satu inisiatif kepada pemajuan yang boleh dilakukan di kawasan Bukit Mali disamping memelihara sumber semulajadi dan sejarah penting yang terdapat di kawasan tersebut.

Info

Bukit Tanjung Mali merupakan sebuah bukit batuan yang memisahkan antara Pantai Chenang dan Pantai Tengah di barat Pulau Langkawi. Pada ratusan juta tahun dahulu telah berlaku fenomena batu jatuh (dropstone) yang mempunyai batu lumpur tebal berlapis dengan batu pasir. Ia dikenali sebagai formasi singa dan berusia sekitar 280-300 juta tahun. Struktur Batu jatuh terjadi disebabkan oleh pencairan dasar bongkah glasier yang terapung di laut. Di Bukit Mali boleh dijumpai batu jatuh (dropstone) pelbagai saiz (0.5 – 60 cm) dan bentuk yg terdiri dari pelbagai pebel dan kobel batu granit, batu pasir, batu lumpur, batu kapur, marmar, syis, rijang, kuarza dan kuarzit. Peristiwa batu jatuh adalah merupakan rekod penting sejarah pembentukan Bumi Malaysia dan Asia Tenggara berhampiran Kutub Selatan di pinggir benua besar Gondwana.
 
Kini, Tanjung Mali merupakan tempat tumpuan pelancong utama yang mengunjungi Pantai Chenang dan rata-rata pelancong tidak menyedari akan kewujudan Tanjung Mali kerana ianya terletak di bahagian belakang Underwater World Langkawi dan The Duty Free Zone Langkawi. Bagi mereka yang berkunjung ke Pantai Chenang, akan melihat signboard – ‘Langkawi Permata Kedah’ dan di situlah letaknya Bukit Tanjung Mali. Penduduk tempatan sering memancing serta mencari siput dan tiram dan kini ramai yang telah membuka chalet dan menjalankan aktiviti rekreasi air. Tapak Tanjung Mali adalah tapak geowarisan bertaraf antarabangsa kerana terdapat kepelbagaian jenis dan kepadatan batu jatuh (dropstone) yang tinggi.

Galeri

Gambar ilustrasi komponen dicadangkan

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my