Projek Unit Projek Khas

Kajian Pelan Pembangunan Pusat Pertumbuhan Desa Kampung Gulau

Pengenalan

5hb Oktober 2022 | Alor Setar, Kedah

Kawasan kajian yang terlibat adalah Kampung Gulau yang terletak di dalam Blok Perancangan (BP3) Mukim Sok dan terletak di bawah Blok Perancangan Kecil (BPK3.1). Lokasi kampung ini dipilih sebagai kawasan kajian adalah berdasarkan kepada cadangannya sebagai PPD mengikut RTD Sik 2020.

Info

Pusat Pertumbuhan Desa (PPD) yang berfungsi dengan baik menyediakan perkhidmatan logistik ke kawasan luar bandar yang berdekatan untuk menjadikanya sebahagian daripada rantaian bekalan tempatan atau antarabangsa. Peluang pekerjaan bukan pertanian di kawasan luar bandar yang menyokong aktiviti ekonomi haluan di kawasan bandar akan digalakkan di bandar perantaraan serta di pusat tempatan yang utama dalam jarak yang berdekatan kawasan kampung. Ini adalah untuk menyediakan peluang bagi meningkatkan tahap pendapatan luar bandar. Berikutan bilangan penduduk luar bandar yang semakin berkurangan disebabkan penghijrahan luar bandar ke bandar yang dipengaruhi oleh faktor ekonomi, sebahagian kampung berkemungkinan dihuni oleh warga tua serta   penyediaan kemudahan awam dan perkhidmatan yang ada tidak lagi berdaya maju.

Galeri

Pelan gunatanah semasa dan cadangan.

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my