Sesi Penyelarasan dan Semakan Kelas Guna Tanah Bagi RTD Pendang

Image

Pengenalan

14hb Februari 2022 | Alor Setar
 
KAJIAN RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PENDANG, KEDAH 2035 (PENGGANTIAN).KAJIAN RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PENDANG, KEDAH 2035 (PENGGANTIAN)

SESI PENYELARASAN DAN SEMAKAN KELAS GUNA TANAH (KGT) BAGI LAPORAN DRAF AWAL (SESI KEDUA).

PLANMalaysia@Kedah melalui Unit Rancangan Pemajuan telah terlibat dalam pelaksanaan Kajian Rancangan Tempatan Daerah Pendang, Kedah 2035 (Penggantian). Kajian ini sedang dalam peringkat penyediaan Laporan Draf Awal.
 

Info

 
Pasukan Kajian yang terdiri daripada perunding ANZ Planners Sdn.Bhd., Pejabat Projek Zon Utara dengan kerjasama Majlis Daerah Pendang dan PLANMalaysia@Kedah telah terlibat dengan Sesi Penyelarasan dan Semakan Kelas Kegunaan Tanah (KGT) bagi Laporan Draf Awal. Sesi semakan pertama telah diadakan di pejabat perunding ANZ Planners Sdn. Bhd. pada 24-27 Januari 2022. 

Pasukan Kajian yang terdiri daripada perunding ANZ Planners Sdn.Bhd., Pejabat Projek Zon Utara dengan kerjasama Majlis Daerah Pendang dan PLANMalaysia@Kedah telah terlibat dengan Sesi Penyelarasan dan Semakan Kelas Kegunaan Tanah (KGT) bagi Laporan Draf Awal. Sesi semakan pertama telah diadakan di pejabat perunding ANZ Planners Sdn. Bhd. pada 24-27 Januari 2022. Sesi semakan kedua diadakan di Majlis Daerah Pendang bermula dari 14-16 Februari 2022. 

Tujuan sesi penyelarasan dan sesi semakan ini diadakan adalah bagi memastikan penyediaan Laporan Draf Awal Rancangan Tempatan Daerah Pendang, Kedah 2035 (Penggantian) adalah lebih berkualiti dan memenuhi kehendak Majlis Daerah Pendang serta mematuhi Manual Sistem Maklumat Geografi Rancangan Pemajuan. Diharap dengan sesi penyelarasan dan semakan ini akan dapat memastikan penyediaan Laporan Draf Akhir nanti akan lebih teratur dan sistematik seterusnya memastikan Laporan Rancangan Tempatan Daerah Pendang, Kedah 2035 (Penggantian) yang diwartakan lebih berkualiti dan berdaya laksana.
 

Galeri

Gambar sekitar sesi penyelarasan dan semakan kelas guna tanah RTD Pendang.

Image
Image
PLANMalaysia@Kedah
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 733 1077 / 733 5900
Emel : jpbd@kedah.gov.my