MESYUARAT KICK OFF PENGENALAN PERUNDING & LAWATAN TAPAK BAGI KAJIAN RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PADANG TERAP, KEDAH 2035 (PENGGANTIAN)

Image

Pengenalan

27hb Julai 2022 | Alor Setar, Kedah

MESYUARAT KICK OFF PENGENALAN PERUNDING & LAWATAN TAPAK BAGI KAJIAN RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PADANG TERAP, KEDAH 2035 (PENGGANTIAN)
27 Julai 2022 | Padang Terap

PLANMalaysia@Kedah melalui Unit Rancangan Pemajuan telah menghadiri Mesyuarat Kick Off Pengenalan Perunding & Lawatan Tapak bagi Kajian Rancangan Tempatan Daerah Padang Terap, Kedah 2035 (Penggantian) yang dipengerusikan oleh Yang Berusaha TPr Md Nazri Bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Perancangan PLANMalaysia.
 

Info

Mesyuarat ini berlangsung di Bilik Gerakan, Majlis Daerah Padang Terap dan telah dihadiri oleh Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Padang Terap, perunding yang dilantik iaitu IZM Consult dan pasukan, jabatan/agensi teknikal berkaitan serta pasukan teras bagi kajian ini iaitu Pejabat Projek Zon Utara, Majlis Daerah Padang Terap dan PLANMalaysia@Kedah.

Sesi lawatan tapak melibatkan CIQs Kota Putra, Kompleks Bebas Cukai Impul Jaya Sdn. Bhd., Central Sugar Refinery (Padang Terap) Sdn. Bhd. Dan Majunaka Eco Energy Sdn.Bhd.
Berdasarkan taklimat-taklimat yang disampaikan semasa sesi lawatan diharap dapat membantu pasukan kajian dalam menghasilkan analisis yang lebih tepat dan relevan.
 

Galeri

Gambar sekitar mesyuarat kick off pengenalan perunding & lawatan tapak bagi kajian Rancangan Tempatan Daerah Padang Terap, Kedah 2035 (Penggantian).

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my