Kursus Pengurusan Data Gunatanah I-PLAN Dengan Perisian Quantum GIS

Image

Pengenalan

7hb - 9hb Mac 2023 | I-KPKT | Bukit Tinggi | Pahang

KURSUS PENGURUSAN DATA GUNATANAH SISTEM MAKLUMAT GUNATANAH PERANCANGAN BERSEPADU (I-PLAN) MENGGUNAKAN PERISIAN QUANTUM GIS (QGIS) BAGI PENYEDIA DATA & PBT NEGERI KEDAH & PAHANG
 
PLANMalaysia@Kedah melalui Unit Maklumat Gunatanah & ICT sebagai penyedia data gunatanah Negeri Kedah bersama-sama wakil dari Pejabat Projek Zon Utara dan Majlis Perbandaran Kubang Pasu, Majlis Perbandaran Kulim, Majlis Daerah Pendang, Majlis Daerah Padang Terap dan Majlis Daerah Baling serta wakil PLANMalaysia@ Pahang telah menghadiri kursus yang dianjurkan oleh Bahagian Maklumat Gunatanah Negara (BMGN) dengan kerjasama i-KPKT selama tiga hari di Institut Latihan KPKT, Bukit Tinggi.

Info

Tujuan kursus adalah bagi memberi pendedahan kepada penyedia data dengan menggunakan perisian Quantum GIS (QGIS) serta transformasi data AutoCAD ke QGIS. Tatacara semakan data gunatanah berdasarkan senarai semak data gunatanah I-Plan juga diberi penjelasan semasa kursus ini.

Ini dapat membantu penyedia data meningkatkan kemahiran seterusnya melancarkan proses pengemaskinian dan penyemakan data di peringkat negeri serta dapat memastikan data lebih berkualiti sebelum diserahkan kepada BMGN untuk paparan dalam Sistem I-Plan.

Galeri

Gambar sekitar kursus Pengurusan Data Gunatanah Sistem Maklumat Gunatanah Perancangan Bersepadu (I-PLAN) menggunakan perisian Quantum GIS.

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my