Pengumuman

Garis Panduan Perancangan Ladang Solar Negeri Kedah

18hb Ogos 2022 Alor Setar, Kedah

Image

Garis Panduan Perancangan Ladang Solar Negeri Kedah ini disediakan sebagai panduan dan asas rujukan kepada Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan dan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah dalam mempertimbangkan projek – projek fizikal berkaitan penjanaan tenaga solar di Negeri Kedah khususnya.

Garis Panduan ini telah diangkat dan dipersetujui oleh Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman pada 20 Mei 2020 mengikut Kertas No.7(F)212/2020 untuk digunapakai di seluruh Negeri Kedah.

Garis Panduan ini tidak mengatasi mana-mana garispanduan lain. Pelaksanaan dan penguatkuasaan kepada garispanduan yang terkandung di dalam garis panduan ini perlu diselaraskan dengan rancangan pemajuan yang sedang berkuatkuasa di sesuatu kawasan Pihak Berkuasa Tempatan.

Garis Panduan ini boleh didiapati di Unit Dasar dan Garis Panduan PLANMalaysia@Kedah dengan harga RM100 (Satu Ratus Ringgit Malaysia)/senaskah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri kali ke 131(1/2014) pada 3 Mac 2014.

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my