BENGKEL PENGEMASKINIAN DATA STATUS PEWARTAAN TANAH LAPANG AWAM NEGERI KEDAH BAGI DATA SEHINGGA DISEMBER 2020

Pengenalan

16hb Mac 2021 | Alor Setar

Bengkel pengemaskinian data status pewartaan tanah lapang awam Negeri Kedah diadakan dua kali setahun iaitu bagi data sehingga Jun dan data sehingga Disember. Bagi data sehingga Disember 2020, bengkel telah diadakan pada 14 Mac 2021 hingga 17 Mac 2021 yang melibatkan Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Kedah, 12 Pejabat Tanah Daerah dan 12 Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Kedah. Peserta bengkel ini telah dibahagi kepada empat kumpulan yang melibat 3 Pejabat Tanah Daerah, 3 Pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat Tanah Galian untuk setiap sesi.

Info

Bengkel ini telah diurusetia oleh Unit Maklumat Gunatanah & ICT, PLANMALAYSIA@Kedah dan bertempat di Bilik Mesyuarat Jerai, Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim, Alor Setar Kedah.

Tujuan bengkel ini adalah untuk menyelaras dan mengemaskini semua data status tanah lapang awam di Negeri Kedah ke dalam bentuk spatial/polygon (sistem i-Plan) yang melibat lima kategori rekod data iaitu warta, dalam prose warta, belum warta, nyah warta dan tiada rekod.

Data-data tanah lapang awam ini akan dimaklumkan ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Kedah dan seterusnya akan dilaporkan dalam Mesyuarat Perancang Fizikal Negara.

Unit Maklumat Gunatanah & ICT
PLANMALAYSIA@Kedah>

-Admin SAS

Galeri

Gambar Bengkel

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my