SALAM ISRAK MIKRAJ

Image

Pengenalan

24 Rejab 1442H | 11hb Mac 2021 | Alor Setar

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Al-Israa’ 17:1)

Info

27 Rejab merupakan antara tarikh penting dalam kalendar Islam kerana kita meraikan peristiwa Agung Israk dan Mikraj. Bagi memperingati tarikh penting ini, Jabatan ingin mengucapkan Salam Israk Mikraj kepada seluruh umat Islam. Dipohon untuk mendoakan agar wabak pandemik Covid-19 ini akan segera berakhir.

Semoga peristiwa Israk Mikraj membawa pengajaran bermakna untuk kita semua renung-renungkan dan amalkan.