Program Audit Dalaman MS ISO 9001 : 2015

Image

Pengenalan

12hb Oktober 2021 | Alor Setar

PROGRAM AUDIT DALAMAN MS ISO 9001 : 2015 PLANMalaysia@Kedah BIL. BIL. 1/2021.
Program audit dalaman MS ISO 9001:2015 telah diadakan selama 10 hari, bermula pada 26 September 2021 dan tamat pada 07 Oktober 2021.

Info

Mesyuarat Pembukaan telah diadakan pada hari pertama iaitu pada 26 September 2021 bertempat di Bilik Mesyuarat Keriang, PLANMalaysia@Kedah, manakala Mesyuarat Penutup telah diadakan pada hari terakhir iaitu pada 07 Oktober 2021 bertempat di Bilik Mesyuarat Jerai, PLANMalaysia@Kedah.

Audit Dalaman ini dijalankan adalah untuk memantau dan membuat penambahbaikan terhadap Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 sepertimana yang telah ditetapkan di dalam Prosedur Kualiti Pengendalian Audit Dalaman PM(KD)/PKU/03.

Audit Dalaman ini juga perlu diadakan bagi memenuhi prosedur kualiti, sebelum audit pemantauan dilakukan oleh pihak SIRIM yang di jangka diadakan pada bulan Januari 2022.

Proses Audit Dalaman secara umumnya akan dilaksana secara pemerhatian operasi dan semakan rekod, pengesahan pelaksanaan merujuk kepada dokumen, temubual dengan anggota kerja berkaitan dan pegawai yang bertanggungjawab bagi penyediaan Laporan Audit Dalaman terhadap penemuan ketidakakuran (NCR) dan peluang penambahbaikan (OFI) (sekiranya ada).

SELAMAT MENJALANI PROSES AUDIT DALAMAN, MS ISO 9001:2015, PLANMALAYSIA@KEDAH BIL. 1/2021.

Galeri

Gambar sekitar program audit dalaman PLANMalaysia@Kedah.

Image
Image
PLANMalaysia@Kedah
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 733 1077 / 733 5900
Emel : jpbd@kedah.gov.my