Meraikan Majlis Persaraan Y.Brs. TPr Gs Dr Shamsaini bt Shamsuddin

Image

Pengenalan

28hb November 2021 | Alor Setar

Khamis lepas, 25/11/2021, Pak Lang mewakili PLANMalaysia Kedah bagi meraikan Majlis Persaraan Y.Brs. TPr Gs Dr Shamsaini bt Shamsuddin, Ketua Pengarah PLANMalaysia .

Alhamdulillah, berpeluang menyampaikan cenderahati tanda ingatan dari rakan² warga PLANMalaysia@Kedah. Pertama kali juga, dapat hadiah dari big boss. Beliau yang bersara, Pak Lang pula yang dapat hadiah. Terima kasih Dr.
 

Info

Moga Dr sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih Allah. Sejahtera dan ceria dalam meniti kehidupan baru sebagai pesara kerajaan. Terima kasih atas segala curahan ilmu dan tunjuk ajar Dr selama ini. Jasamu selamanya dikenang.

Bila memandang ke muka laut,
Nampak sampan mudik ke hulu,
Bila terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik, ingat selalu.
Berdayung sampan ke Tanah Semenanjung,
Hendak membeli tikarlah rotan,
Budi dikenang bakti disanjung,
Kekal subur dalam ingatan.

Galeri

Gambar sekitar Majlis Persaraan Y.Brs. TPr Gs Dr Shamsaini bt Shamsuddin, Ketua Pengarah PLANMalaysia.

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my