Konsep dan Ciri-Ciri Sempadan Pertumbuhan Bandar

Image

Pengenalan

24hb Disember 2021 | Alor Setar

Sempadan bandar merupakan satu garisan sempadan yang ditetapkan bagi menghadkan pembangunan dan pertumbuhan sesuatu bandar. Kawasan di dalam garisan tersebut akan diberikan keutamaan kepada pelbagai aktiviti pembangunan perbandaran yang berintensiti lebih tinggi berbanding dengan kawasan di luar garisan, yang lebih tertumpu kepada pemuliharaan alam semula jadi dan pengekalan kawasan pertanian.
 

Info

Penentuan sempadan bandar adalah penting bagi mengawal rebakan bandar, supaya kawasan bandar sedia ada dapat dibangunkan secara optimum dengan intensiti pembangunan yang mampan. Ini perIu disokong dengan perancangan sistem pengangkutan dengan kemudahsampaian yang tinggi dan penyediaan kemudahan awam yang mencukupi bagi meningkatkan kualiti kehidupan penduduk setempat. Pembangunan yang tertumpu dan optimum ini secara langsung dapat meningkatkan nilai hartanah di kawasan bandar.

Berasaskan kepada kepentingan penentuan sempadan dan kawalan pertumbuhan bandar, PLANMalaysia telah menyediakan Garis Panduan Perancangan Sempadan Pertumbuhan Bandar (GPPSPB) sebagai panduan kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi merancang, mengurus dan mengawal pertumbuhan bandar. Skop GPPSPB ini
merangkumi penerangan berkenaan konsep, prinsip perancangan dan garis panduan penentuan sempadan bandar. Kriteria penentuan sempadan pertumbuhan bandar mengambil kira kriteria Dasar Perbandaran Negara Ke-2 (DPNKe-2) dan Kajian Profil Bandar (KPB).

Bagi memperincikan dan menentukan secara khusus sempadan pertumbuhan sesebuah bandar, PLANMalaysia juga telah menyediakan Kajian Penentuan Sempadan Bandar yang meliputi 174 bandar di Semenanjung Malaysia.

Disediakan oleh:
Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan
PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa)
QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my