Selamat Menyambut Tahun Baharu 2022

Image

Pengenalan

1hb Januari 2022 | Alor Setar

Jabatan ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu 2022 kepada seluruh warga PLANMalaysia Kedah dan rakyat negeri Kedah.

 

Info

Kita berdoa dengan melangkahnya kita ke tahun baharu 2022, akan banyak kejayaan pembangunan negeri Kedah dicapai. Kejayaan paling utama perlu dicapai adalah kesepaduan rakyat dalam mengiratkan lagi hubungan silaturahim merentasi perbezaan bangsa dan kaum serta agama.

Konsep persamaan perlu diasaskan kepada kenyataan bahawa kejadian manusia yang pelbagai etnik, bangsa dan keturunan adalah fitrah kehidupan yang perlu diterima.

Dalam surah al-Isra' 17:70, menjelaskan bahawa Allah SWT memuliakan anak cucu Adam seluruhnya dengan tidak mengira bangsa dan golongan dan Allah juga telah melebihkan mereka daripada makhluk yang lain.

Dalam menempuhi tahun baharu, marilah kita sama-sama menempuhi segala ujian merentasi kaum, bangsa dan agama dengan akhlak yang baik serta senantiasa harmoni sejahtera hidup bersama. Kita bangunkan negeri Kedah bukan sahaja pembangunan spatial dan fizikal, malah pembangunan jiwa dan kerohanian ke arah kebaikan yang unggul untuk semua.
Selamat Tahun Baharu 2022

Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua.
Image
Image
PLANMalaysia@Kedah
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 733 1077 / 733 5900
Emel : jpbd@kedah.gov.my