Tahniah dan Penghargaan Kepada 3 Orang Pegawai

Image

Pengenalan

2hb Januari 2022 | Alor Setar

Jabatan ingin merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada tiga (3) orang pegawai yang berpindah atau bertukar ke penempatan baharu. Jabatan merasa kehilangan pegawai-pegawai ini yang sangat komited terhadap tugas dan tanggungjawab yang diberikan.

Info

Terima kasih dan ucapan penghargaan kepada En Abd Talip bin Abd Rahman yang berpindah ke PLANMalaysia, Ibu Pejabat berkuatkuasa 1 Januari 2022. Tahniah juga diucapkan atas Penganugerah Bintang Kebesaran Negeri Kedah, Bintang Perkhidmatan Cemerlang Kedah (B.C.K) sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah Darul Aman Yang Ke-79 Tahun 2021. Tahniah.

Terima kasih dan ucapan tahniah kepada En Basri bin Basir di atas kenaikan pangkat J48(M) dan berpindah ke Unit OSC MBPJ, Selangor berkuatkuasa 1 Januari 2022. Semoga dengan kenaikan pangkat ini akan memberikan semangat untuk terus bekerja dengan cemerlang lagi. Tahniah.

Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada En Mawardi bin Said yang bertukar ke Pejabat Projek Zon Utara (PPZU), PLANMalaysia. Sumbangan dan baktinya dalam membangunkan Kedah Apps 2035 akan diingati warga jabatan.

Didoakan semoga pegawai-pegawai ini akan lebih cemerlang di tempat baharu dan berusaha untuk meningkatkan lagi kecemerlangan perancangan bandar di Malaysia.

Terima kasih dan Selamat Maju Jaya.
 
Image
Image
PLANMalaysia@Kedah
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 733 1077 / 733 5900
Emel : jpbd@kedah.gov.my