Indeks Daya Huni Malaysia (iDAM)

Image

Pengenalan

15hb Januari 2022 | Alor Setar

INDEKS DAYAHUNI MALAYSIA (iDAM) AKAN MENJADI PENGUKURAN TAHAP KESEJAHTERAAN RAKYAT BERIMPAK TINGGI
.
YAB Perdana Menteri dalam ucapan perasmian sempena Majlis Sambutan 100 Tahun Profesion Perancang Bandar di Malaysia (100PBM) yang diraikan bersekali dengan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) Tahun 2021 telah menyatakan “Indeks Daya Huni Malaysia (iDAM) akan menjadi pengukuran berimpak tinggi kepada semua lokaliti khususnya kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam memastikan perancangan perbandaran dirangka dengan mengambil kira kesemua kriteria di bawah RFN Ke-4”.

Info

iDAM telah menggariskan lima (5) aspirasi utama untuk dicapai, iaitu :-
(i) pembangunan ekonomi makmur dan kalis masa depan;
(ii) peningkatan kualiti persekitaran, pemuliharaan alam sekitar dan jaminan keselamatan;
(iii) memperkasa keharmonian komuniti dan keluarga sejahtera;
(iv) pembangunan guna tanah dan sumber bumi yang mampan; dan
(v) urus tadbir yang berkesan serta penyediaan infrastruktur dan kemudahan sokongan yang inklusif.
 
Semoga hasrat dan aspirasi negara berdaya huni selaras dengan matlamat Rancangan Fizikal Negara Ke-4 dapat direalisasikan dengan adanya pengukuran Indeks Daya Huni Malaysia atau pun dikenali dengan iDAM.
 
PLANMalaysia
(Jabatan Perancangan Bandar dan Desa)

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my