Audit Pensijilan Semula Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015

Image

Pengenalan

ALOR SETAR, Program Audit Pensijilan Semula Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 telah berlangsung di PLANMalaysia@Kedah selama dua (2) hari bermula dari 19 hingga 20 Januari 2022.

Audit ini dilaksanakan memandangkan pensijilan/penarafan Sistem Pengurusan Kualiti yang menepati kehendak piawaian MS ISO 9001:2015 yang diterima oleh jabatan akan tamat tempoh pada 15 Februari 2022.

Info

Program Audit Pensijilan Semula ini dilaksanakan oleh badan pensijilan yang dilantik iaitu SIRIM QAS International Sdn. Bhd. dan diketuai oleh Encik Heeza Izwan Bin Mohd Hasnan serta dibantu Cik Norlizawati Binti Yusof.

Terdapat empat (4) prosedur telah didokumenkan di bawah Prosedur Kualiti Teras (PKT) manakala empat belas (14) prosedur telah didokumenkan di bawah Prosedur Kualiti Umum (PKU).

Proses audit pensijilan semula ini berlangsung dengan baik melalui kerjasama semua warga kerja jabatan dan alhamdulillah pensijilan/penarafan Sistem Prosedur Kualiti MS ISO 9001:2015 untuk PLANMalaysia@Kedah disambung sehingga 15 Februari 2025.

TAHNIAH PLANMalaysia@Kedah dan diharap dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan jabatan dengan lebih cemerlang.

Galeri

Gambar sekitar program Audit Pensijilan Semula Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015.

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my