BENGKEL VERIFIKASI DATA GUNATANAH NEGERI KEDAH BAGI DATA JULAI-DISEMBER 2021 UNTUK PENGEMASKINIAN SISTEM I-PLAN

Image

Pengenalan

16hb Mac 2022 | Alor Setar

PLANMalaysia@Kedah melalui Unit Maklumat Gunatanah & ICT telah mengadakan Bengkel Verifikasi Data Gunatanah Negeri Kedah Bagi Data Julai hingga Disember 2021 untuk pengemaskinian Sistem Maklumat Gunatanah Perancangan Bersepadu ( I-Plan) bertempat di Bilik Mesyuarat Jerai, Aras 10, PLANMalaysia@Kedah pada 8hb sehingga 9hb Mac 2022 yang lalu.

Info

Bengkel ini telah dihadiri oleh wakil Jabatan Perancangan dari 12 Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Kedah, wakil Bahagian Maklumat Gunatanah Negara (BMGN), PLANMalaysia, wakil Unit GIS BPEN, wakil Pejabat Projek Zon Utara dan wakil Unit Kawalan Perancangan PLANMalaysia@Kedah.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk menyemak seterusnya mendapatkan pengesahan daripada semua wakil PBT untuk data-data yang telah selesai dibuat pengemaskinian semasa bengkel pengemaskinian yang telah diadakan pada 7-10 Februari 2022 melibatkan data gunatanah komited, gunatanah semasa dan gunatanah zoning bagi sesi data Julai hingga Disember 2021.

Jabatan merakamkan setinggi penghargaan kepada semua PBT Negeri Kedah kerana telah memberi komitmen dan kerjasama yang baik dalam membekalkan data-data gunatanah Negeri Kedah. Diharap kerjasama ini akan terus berlanjutan.

Galeri

Gambar Bengkel Verifikasi Data Gunatanah Negeri Kedah.

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my