MESYUARAT PENYELARASAN PENGARAH JABATAN PERANCANG BANDAR PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) NEGERI KEDAH DARUL AMAN BIL1/2022

Image

Pengenalan

16hb Mac 2022 | Alor Setar

Jabatan melalui Unit Kawalan Perancangan telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Bersama Pengarah Jabatan Perancang Bandar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kedah Bil 1/2022 secara hibrid dimana terdapat sebahagian yang hadir secara fizikal di Bilik Mesyuarat Jerai, Aras 10, PLANMalaysia@Kedah dan sebahagian lagi hadir atas talian.

Info

 
Mesyuarat ini melibatkan semua Pengarah Jabatan @ Ketua Bahagian Perancang Bandar di 12 PBT di Negeri Kedah, wakil Jabatan Kerajaan Tempatan dan wakil PLANMalaysia@Kedah. Mesyuarat ini merupakan platform terbaik dalam mengukuhkan hubungan dan juga kerjasama antara PLANMalaysia, Jabatan Kerajaan Tempatan dan Pihak Berkuasa Tempatan melalui peranan yang dimainkan oleh Pegawai Perancang Bandar di PBT bagi melancarkan proses perancangan serta pembangunan di peringkat tempatan khususnya.

Menjadi satu ketetapan kepada PLANMalaysia Negeri untuk mengadakan mesyuarat ini secara berkala pada setiap tahun bagi mengumpulkan semua Pegawai Perancang Bandar dan Desa untuk berdiskusi serta memberi pandangan untuk menangani isu-isu serta perkara-perkara baharu dalam melaksanakan prosedur perancangan seterusnya memastikan setiap pembangunan di Negeri Kedah ini berdaya maju.

Selain itu, mesyuarat ini juga menjadi medan dalam menyebarluas input dan informasi berkaitan perancangan dan pembangunan nasional kepada semua Pegawai Perancang PBT yang berperanan sebagai penguasa yang menjalankan tugas di peringkat tempatan.

Terdapat dua kertas kerja yang telah dibentangkan iaitu Perincian Kriteria Pemarkahan Penilaian
Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) MyLCPScorecard dan Panduan Pelaksanaan Akta (PPA) 172: Prosedur Permohonan Kebenaran Merancang (KM) Tempoh Terhad di Bawah Perenggan 22(5)(a), Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 [Akta172].
 

Galeri

Gambar sekitar Mesyuarat Penyelarasan Pengarah Jabatan Perancang Bandar PBT Negeri Kedah Darul Aman Bil 1/2022

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my