BENGKEL PENGEMASKINIAN DATA STATUS PEWARTAAN TANAH LAPANG AWAM NEGERI KEDAH SEHINGGA DISEMBER 2021

Image

Pengenalan

17hb Mac 2022 | Alor Setar

Jabatan melalui Unit Maklumat Gunatanah dan ICT telah selesai mengadakan sesi Bengkel Pengemaskinian Data Status Pewartaan Tanah Lapang Awam Negeri Kedah untuk data sehingga Disember 2021 yang telah berlangsung selama 4 hari di Bilik Mesyuarat Keriang, Aras 10, PLANMalaysia@Kedah pada 14hb sehingga 17hb Mac 2022 baru-baru ini.

Info

Sesi Bengkel ini melibatkan kerjasama agensi pembekal data iaitu Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Kedah, semua 12 Pejabat Tanah Daerah Negeri Kedah serta 12 Pihak Berkuasa Temoatan Negeri Kedah.

Proses pengemaskinian data melibatkan lima kategori status pewartaan iaitu warta, dalam proses, nyahwarta, belum warta dan tiada rekod. Data-data dari agensi pembekal data dikemaskini dalam bentuk spatial (gis) oleh Unit Maklumat Gunatanah dan ICT PLANMalaysia@Kedah.

Proses pengemaskinian dalam bentuk spatial ini adalah bagi memenuhi keperluan untuk pelaporan kepada Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) disamping meningkatkan kecekapan pengurusan data secara digital di peringkat negeri dan juga daerah.

Galeri

Gambar Bengkel Pengemaskinian Data Status Pewartaan Tanah Lapang Awam Negeri Kedah.

Image
Image
PLANMalaysia@Kedah
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 733 1077 / 733 5900
Emel : jpbd@kedah.gov.my