Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) BIL. 2/2022

Image

Pengenalan

31 May 2022 | Alor Setar

Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) Bil. 2/2022 telah diadakan secara hibrid di Bilik Gerakan Negeri, Blok E, Aras 6, Wisma Darul Aman.
 

Info

 
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YAB. Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md. Nor, Menteri Besar Kedah. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh tiga orang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (MMKN) iaitu YB. Dato’ Dr. Mohd Hayati bin Othman, YB. Dato’ Suraya binti Yaacob dan YB. Dr. Robert Ling Kui Ee sebagai ahli tetap. Turut hadir pada mesyuarat berkenaan adalah barisan pegawai-pegawai tertinggi kerajaan Negeri Kedah dan jabatan teknikal seperti Timbalan Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Pembangunan), YB. Penasihat Undang-undang Negeri Kedah, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah dan lain-lain. Terdapat juga pembentang-pembentang kertas kerja daripada jabatan di luar Negeri Kedah yang terlibat seperti Bahagian Pengurusan Zon Pantai, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia dan Bahagian Perancangan Wilayah, PLANMalaysia Ibu Pejabat.

Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Bil.2/2022 telah membentangkan 5 Kertas Kerja Dasar, 9 Kertas Kerja Penyediaan/Penggantian/Pengubahan Rancangan Tempatan dan 4 Kertas Kerja Pemakluman bagi projek-projek kerajaan negeri yang diurus dan diselia oleh Jabatan Kerja Raya. Mesyuarat ditangguhkan jam 1.30 petang.

Sumber:
Urusetia JPN Negeri Kedah
.

Galeri Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) BIL. 2/2022

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my