PENGGANTIAN KAJIAN RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH BALING, KEDAH 2035

Image

Pengenalan

20hb Julai 2022 | Seri Baling Inn

SESI FGD SIRI 1 - KAJIAN RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH BALING, KEDAH 2035 (PENGGANTIAN)

PLANMalaysia@Kedah melalui Unit Rancangan Pemajuan dan Unit Maklumat Gunatanah & ICT telah terlibat dalam Sesi Focus Group Discussion (FGD) Siri 1 bagi Kajian RT MDBaling 2035 di Seri Baling Inn, Baling yang telah berlangsung pada 18 - 19hbJulai 2022.
 
 
 

Info

Sesi FGD selama dua hari ini diuruskan oleh perunding Rekarancang Sdn. Bhd. dengan kerjasama Majlis Daerah Baling dan Pejabat Projek Zon Utara. Penglibatan peserta daripada Ahli Majlis, Majlis Daerah Baling serta wakil-wakil agensi/jabatan teknikal telah memberi input serta maklumat yang sangat penting dalam membentuk hala tuju pembangunan Daerah Baling.
 
Sesi FGD yang dilaksanakan secara interaktif dan menarik ini juga adalah bagi mengenalpasti isu, cabaran/halangan, potensi dan ketersediaan data/maklumat yang ada dalam menghasilkan Laporan Analisis Dan Strategi Pembangunan (LASP). Diharapkan dengan sesi FGD ini akan dapat memastikan laporan yang dihasilkan lebih berkualiti dan berdaya laksana di mana pandangan serta pendapat semua lapisan telah diambilkira.

Galeri

Gambar sekitar sesi Focus Group Discussion (FGD) Siri 1 bagi Kajian RT MDBaling 2035.

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my