LAWATAN KERJA YANG BERHORMAT DATO’ PADUKA SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH KE PLANMALAYSIA@KEDAH

Image

Pengenalan

26hb Julai 2022 | Alor Setar, Kedah

LAWATAN KERJA YANG BERHORMAT DATO’ PADUKA SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH KE PLANMALAYSIA@KEDAH
 
PLANMalaysia@Kedah telah menerima kunjungan Yang Berhormat Dato’ Paduka Ammar Bin Dato’ Shaikh Mahmood Naim, DPSS., DSDK., JSD., SSS., AMK., AMN., BCK. Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah sempena Lawatan Kerja ke jabatan-jabatan Negeri Kedah sebelum persaraan beliau pada bulan Ogos 2022.
 

Info

Jabatan amat berbesar hati dan berbangga kerana terpilih menjadi salah satu daripada jabatan Negeri Kedah yang dikunjungi dan dilawati oleh Yang Berhormat Dato’ Paduka.

Amanat dan mandat telah disampaikan oleh Yang Berhormat Dato’ Paduka dalam ucaptama beliau kepada Pengurusan Tertinggi jabatan serta seluruh wargakerja jabatan. Antara intipati amanat beliau adalah supaya semua wargakerja bekerja dengan lebih rajin dan mempercepatkan serta mempermudahkan segala urusan/prosedur kerja bagi memastikan Kerajaan Negeri Kedah dapat memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan terbaik seterusnya dapat menarik lebih ramai pelabur. Selain itu, beliau turut menasihatkan agar semua pegawai kerajaan supaya berintegriti dalam melaksanakan amanah serta mengamalkan sistem penyampaian yang lebih telus.

Beliau juga berharap agar jabatan dapat mengkaji dan menggubal dasar-dasar baharu berkaitan pembangunan perumahan kos rendah serta pulau rendah karbon. Ini bagi memastikan pembangunan Negeri Kedah lebih berdaya laksana mengikut keperluan semasa.

Semasa sesi lawatan ini juga, mantan Pengarah PLANMalaysia@Kedah Hajah Asni Binti Mustafa, turut hadir bersama bagi meraikan kunjungan Yang Berhormat Dato’ Paduka.

Jabatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas kesudian Yang Berhormat Dato’ Paduka berkunjung ke jabatan ini.

Galeri

Gambar sekitar lawatan kerja yang Berhormat Dato’ Paduka Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah ke PLANMALAYSIA@Kedah.

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my