KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH PLANMALAYSIA KE NEGERI KEDAH DARUL AMAN
Pengenalan
4hb Ogos 2022 | Alor Setar, Kedah
KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH PLANMALAYSIA KE NEGERI KEDAH DARUL AMAN
PLANMalaysia@Kedah bersama Pejabat Projek Zon Utara dan Pegawai OSC Negeri Kedah berbesar hati menerima kunjungan Yang Berusaha TPr Dr. Alias Bin Rameli, Ketua Pengarah PLANMalaysia ke Alor Setar,Kedah Darul Aman.
Info
Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk empat orang pegawai jabatan turut disempurnakan oleh YBrs. TPr Dr. Alias Bin Rameli. Jabatan merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada pegawai berikut:-
1. Encik Noor Jasni Bin Harun
2. Encik Mohd Munawwar Bin Zaim
3. Encik Amirudin Bin Omar
4. Puan Siti Aishah Binti Osman
Penyerahan Mock Up Laporan Pullout RT Majlis Perbandaran Kubang Pasu 2035 oleh Pejabat Projek Zon Utara turut disempurnakan dalam program ini dan melibatkan jabatan-jabatan berikut:-
1. Majlis Perbandaran Kubang Pasu
2. Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah
3. Syarikat Air Darul Aman
4. Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah
5. Jabatan Pertanian Negeri Kedah
Jabatan merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian YBrs. Ketua Pengarah PLANMalaysia berkunjung ke Negeri Kedah Darul Aman dalam mengeratkan keluarga PLANMALAYSIAku.
Galeri
Gambar sekitar kunjungan hormat Ketua Pengarah PLANMalaysia ke negeri Kedah Darul Aman.