MESYUARAT PENYELARASAN PENGARAH JABATAN PERANCANG BANDAR DAN KETUA PUSAT SETEMPAT (OSC) PIHAK BERKUASA TEMPATAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN BIL 2/2022

Image

Pengenalan

10hb Ogos 2022 | Alor Setar, Kedah

MESYUARAT PENYELARASAN PENGARAH JABATAN PERANCANG BANDAR DAN KETUA PUSAT SETEMPAT (OSC) PIHAK BERKUASA TEMPATAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN BIL 2/2022

PLANMalaysia@Kedah melalui Unit Kawalan Perancangan telah menjadi urusetia Mesyuarat Penyelarasan Pengarah Jabatan Perancang Bandar Dan Ketua Unit Pusat Setempat (OSC) Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah Darul Aman Bil 2/2022. Mesyuarat ini telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Jerai, PLANMalaysia@Kedah melibatkan 12 Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah.
 

Info

Tujuan mesyuarat ini adalah sebagai platform bagi menyalurkan input-input perancangan yang terkini di peringkat PLANMalaysia Ibu Pejabat dan juga negeri kepada semua PBT untuk tujuan pelaksanaan. Di samping itu, sebagai medium perkongsian pendapat dan pengalaman di PBT masing- masing seterusnya sesi perbincangan dan penyelarasan bagi memastikan pelaksanaan perancangan di Negeri Kedah lebih seragam dan sistematik.

Terdapat dua kertas kerja telah dibentangkan iaitu:-

1. Prosedur dan Permohonan Pemajuan Tebus Guna Dan Penambakan Laut, Subseksyen 5(2), Akta 172.

2. Garus Panduan Perancangan Ladang Ternakan Unggas Negeri Kedah 2021.
Jabatan berharap dengan adanya sesi penyelarasan ini akan dapat mengharmonikan lagi perancangan dan pembangunan Negeri Kedah Darul Aman dari semasa ke semasa.

Galeri

Gambar sekitar Mesyuarat Penyelarasan Pengarah Jabatan Perancang Bandar Dan Ketua Unit Pusat Setempat (OSC) Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah Darul Aman Bil 2/2022.

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my