BENGKEL PENGEMASKINIAN DATA GUNATANAH NEGERI KEDAH BAGI DATA JANUARI-JUN 2022 UNTUK PENGEMASKINIAN SISTEM I-PLAN

Image

Pengenalan

22hb - 24hb Ogos 2022 | Alor Setar, Kedah

BENGKEL PENGEMASKINIAN DATA GUNATANAH NEGERI KEDAH BAGI DATA JANUARI-JUN 2022 UNTUK PENGEMASKINIAN SISTEM I-PLAN
 
PLANMalaysia@Kedah melalui Unit Maklumat Gunatanah dan ICT telah mengadakan Bengkel Pengemaskinian Data Gunatanah Negeri Kedah Bagi Data Januari-Jun 2022 untuk pengemaskinian Sistem Maklumat Gunatanah Perancangan Bersepadu (I-Plan) bertempat di Bilik Mesyuarat Keriang/Bilik Mesyuarat Jerai, Aras 10, PLANMalaysia@Kedah pada 22hb sehingga 24hb Ogos 2022 yang lalu.

Info

Bengkel telah dihadiri oleh wakil Jabatan Perancangan dari 12 Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Kedah, wakil Pejabat Projek Zon Utara dan wakil Unit Kawalan Perancangan PLANMalaysia@Kedah.

Tujuan bengkel ini adalah untuk membuat pengemaskinian terhadap perubahan-perubahan gunatanah semasa yang berlaku, gunatanah komited bagi pembangunan yang telah diluluskan serta gunatanah zoning bagi daerah-daerah yang terlibat dengan pengubahan Rancangan Tempatan.

Jabatan merakamkan setinggi penghargaan kepada semua PBT Negeri Kedah kerana telah memberi komitmen dan kerjasama yang baik dalam membekalkan data-data gunatanah Negeri Kedah.

Galeri

Gambar sekitar Bengkel Pengemaskinian Data Gunatanah Negeri Kedah Bagi Data Januari-Jun 2022 untuk pengemaskinian Sistem Maklumat Gunatanah Perancangan Bersepadu (I-Plan).

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my