SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE 65 PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2022

Image

Pengenalan

31 Ogos 2022 | Dataran Medan Bandar, Alor Setar

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE 65 PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2022

PLANMalaysia@Kedah telah menghantar seramai 33 orang pegawai yang diketuai oleh Tuan Haji Mustafa Bakri Bin Alias Sani untuk menyertai Istiadat Perbarisan dan Perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke 65 Peringkat Negeri Kedah Tahun 2022 di Dataran Medan Bandar, Alor Setar pagi tadi.
 

Video perbarisan kontinjen PLANMalaysia@Kedah

Info

Kontinjen PLANMalaysia@Kedah merupakan salah satu kontinjen daripada 115 kontinjen yang terdiri daripada pelbagai kategori iaitu agensi kerajaan, agensi swasta, badan berkanun, persatuan & NGO, pancaragam sekolah dan wakil universiti dan sekolah.

 
Tahun 2022 merupakan tahun kedua penyertaan jabatan selepas tahun 2019 dalam Istiadat Perbarisan dan Perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan. Walaupun tidak memenangi acara ini, namun kontinjen jabatan telah memberikan sepenuh komitmen serta menunjukkan persembahan yang hebat bagi memeriahkan lagi sambutan ini.

TAHNIAH diucapkan kepada semua

?? Semoga akan beroleh kejayaan pada tahun mendatang.
 

Galeri

Gambar sekitar Istiadat Perbarisan dan Perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke 65 Peringkat Negeri Kedah Tahun 2022 di Dataran Medan Bandar, Alor Setar, Kedah.

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my