MESYUARAT DAN BENGKEL PENGEMASKINIAN DATA GUNATANAH SEMASA DAERAH KUBANG PASU
Pengenalan
19-20 September 2022 | Kubang Pasu | Alor Setar
MESYUARAT DAN BENGKEL PENGEMASKINIAN DATA GUNATANAH SEMASA DAERAH KUBANG PASU
PLANMalaysia@Kedah melalui Unit Maklumat Gunatanah & ICT telah hadir Mesyuarat Dan Bengkel Pengemaskinian Data Gunatanah Semasa Daerah Kubang Pasu selama dua hari bermula 19-20 September 2022 di Bilik Persidangan, Aras 2, Majlis Perbandaran Kubang Pasu.
Info
Bengkel ini dianjurkan oleh Unit Penyelarasan Maklumat Perancangan, Pejabat Projek Zon Utara dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kubang Pasu dan dibantu oleh Unit Maklumat Gunatanah & ICT PLANMalaysia@Kedah.
Penglibatan semua penghulu serta jabatan/agensi teknikal utama Daerah Kubang Pasu dalam menyalurkan maklumat dan data sangat membantu proses pengemaskinian data gunatanah semasa Daerah Kubang Pasu.
Galeri
Gambar sekitar Mesyuarat Dan Bengkel Pengemaskinian Data Gunatanah Semasa Daerah Kubang Pasu, Kedah.