PROGRAM AUDIT DALAMAN MS ISO 9001:2015 TELAH DIADAKAN SELAMA 5 HARI, BERMULA PADA 25 SEPTEMBER 2022 DAN DIJANGKA TAMAT PADA 29 SEPTEMBER 2022
Pengenalan
29hb. September 2022 | Alor Setar | Kedah
PROGRAM AUDIT DALAMAN MS ISO 9001:2015 TELAH DIADAKAN SELAMA 5 HARI, BERMULA PADA 25 SEPTEMBER 2022 DAN DIJANGKA TAMAT PADA 29 SEPTEMBER 2022
Audit Dalaman ini dijalankan adalah untuk memantau dan membuat penambahbaikan terhadap Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 sepertimana yang telah ditetapkan di dalam Prosedur Kualiti Pengendalian Audit Dalaman PM(KD)/PKU/03.
Info
Audit Dalaman ini juga perlu diadakan bagi memenuhi prosedur kualiti, sebelum audit pemantauan dilakukan oleh pihak SIRIM yang dijangka diadakan pada bulan Februari 2023.
Proses Audit Dalaman secara umumnya akan dilaksana secara pemerhatian operasi dan semakan rekod, pengesahan pelaksanaan merujuk kepada dokumen, temubual dengan anggota kerja berkaitan dan pegawai yang bertanggungjawab bagi penyediaan Laporan Audit Dalaman terhadap penemuan ketidakakuran (NCR) dan peluang penambahbaikan (OFI) (sekiranya ada).
SELAMAT MENJALANI PROSES AUDIT DALAMAN, MS ISO 9001:2015, PLANMALAYSIA@KEDAH BIL. 1/2022.
Galeri
Gambar sekitar proses audit dalaman MS ISO 9001:2015 PLANMalaysia@Kedah Bil 1/2022.