ANUGERAH SAMBUTAN HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA (HPBS) 2022 PERINGKAT NEGERI KEDAH

Image

Pengenalan

26hb November 2022 | Dewan Serbaguna Guar Chempedak | Yan | Kedah

ANUGERAH SAMBUTAN HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA (HPBS) 2022 PERINGKAT NEGERI KEDAH.
 
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah (PLANMalaysia@Kedah) secara kolabratif bersama Majlis Daerah Yan dan Pejabat Projek Zon Utara akan menganjurkan Program Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) Tahun 2022 Peringkat Negeri Kedah pada 26 November 2022 (Sabtu) bertempat di Dewan Serbaguna Guar Chempedak, Yan, Kedah.

Alhamdulillah, PLANMalaysia@Kedah dengan kerjasama Pejabat Projek Zon Utara, Persatuan Kebajikan Am PLANMalaysia@Kedah, Majlis Daerah Yan, Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah, Daerah Yan & Daerah Kuala Muda, Pejabat Kesihatan Daerah Yan, Ibu Pejabat Polis Daerah Yan dan Angkatan Pertahanan Awam Daerah Yan telah berjaya melaksanakan PROGRAM SAMBUTAN HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA PERINGKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN TAHUN 2022 (HPBS 2022) dengan tema tahun ini “Malaysia Berdaya Huni : Transformasi Bandar Masa Hadapan “.
 
 

Info

Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Dr. Mohd Hayati Bin Othman, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Dan Kerajaan Tempatan dan turut dihadiri oleh YBrs TPr Dr Alias Bin Rameli, Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa, YB Ustaz Mohd Azam Bin Abd Samad, ADUN Sungai Limau, tetamu-tetamu kehormat, wakil-wakil PBT Negeri Kedah, Jabatan/Agensi Teknikal Negeri Kedah, wakil-wakil Bahagian PLANMalaysia Ibu Pejabat serta tetamu jemputan dari pelbagai lapisan masyarakat setempat.
 
 
Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program ini adalah:
1. Saringan Dan Pemeriksaan Kesihatan
2. Kayuhan Santai (Fun Ride) 10km melibatkan 150 peserta
3. Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak Tadika
4. Fun Game (Bawa Bola Pingpong Dalam Sudu, Tiup Belon, Isi Air Dalam Botol)
5. Pertandingan Video Pendek (Tiktok)
6. Pertandingan Photo Jurnalism
7. Senamrobik
8. Wishlist Tree (Aspirasi Bandar Impian)
9. Booth Pameran (POLIMAS,Majlis Daerah Yan, Pejabat Projek Zon Utara & ANZ Planners Sdn. Bhd., MMC Engineering Sdn.Bhd., Jabatan Mineral Dan Geosains, Bahagian Maklumat Gunatanah Negara (Sistem iPlan), Bahagian Penyelidikan Dan Pembangunan (iDAM) dan Malaysia Urban Observatory (MUO).
10. Persembahan Choral Speaking (Pelajar Sek. Men. Keb. Agama Yan)
11. Persembahan Nyanyian
12. Taklimat Program Publisiti Dan Penyertaan Awam (Pejabat Projek Zon Utara)
Penyampaian Anugerah turut disempurnakan dalam program ini melibatkan:
1. Penyampaian Mock Up Pelan Pembangunan Semula Kawasan Rekreasi Titi Hayun, Yan
2. Penyampaian Anugerah Bandar Mampan Tahun 2021 (Majlis Daerah Baling, Majlis Daerah Pendang)
3. Penyampaian Anugerah Bandar Bahagia Tahun 2021 (Majlis Bandaraya Alor Setar, Majlis Daerah Baling, Majlis Daerah Pendang, Majlis Daerah Yan)
4. Penyampaian Anugerah Bandar Berdaya Huni Tahun 2021 (Majlis Daerah Baling, Majlis
Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan)

Jabatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan serta melancarkan perjalanan program ini.

Penyampaian Anugerah Bandar Mampan Peringkat Negeri Kedah, Bandar Bahagia dan Anugerah Bandar Berdaya Huni tahun 2021 pada 26 November 2022 (Sabtu) sempena sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia Tahun 2022 Peringkat Negeri Kedah.

#PLANMalaysiaKedah
#PLANMalaysia
#HPBS2022
#LiveableMalaysia
#townplanningday

Galeri

Galeri sempena sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia Tahun 2022 Peringkat Negeri Kedah.

Video

Video sempena sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia Tahun 2022 Peringkat Negeri Kedah.

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my