MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI KEDAH (JPN) BIL. 4/2022

Image

Pengenalan

7hb Disember 2022 | Alor Setar, Kedah

MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI KEDAH (JPN) BIL. 4/2022
 
Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) Bil. 4/2022 telah diadakan pada 5hb Disember 2022 secara hibrid yang dipengerusikan oleh YAB. Dato Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, Menteri Besar Kedah.

Turut hadir adalah Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (MMKN), Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan Negeri Kedah seperti YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, YB. Penasihat Undang-undang Negeri Kedah dan Pengarah-pengarah jabatan teknikal negeri seperti Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah, Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah dan lain-lain ahli mesyuarat yang berkaitan.

Info

Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Bil. 4/2022 telah membentangkan tiga (3) kertas kerja dasar berkaitan dengan Garis Panduan (GP) Perancangan dan Penubuhan Tadika dan Taska 2017, Laporan Kajian Projek Penentuan Sempadan Bandar Negeri Kedah dan Cadangan Garis Panduan bagi Program Pemutihan Penginapan Berskala Kecil Yang Berkonsepkan Tradisional, Inovatif, Eko Dan Agro Pelancongan Di Kawasan Pentadbiran Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya

Pelancongan, enam (6) Kertas Kerja Penggantian / Pengubahan Rancangan Tempatan oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK), Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) dan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan satu (1) kertas kerja pemakluman bagi projek-projek kerajaan negeri yang diurus dan diselia oleh Jabatan Kerja Raya. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari.
Urusetia

Jawatankuasa Perancang Negeri Kedah
 

Galeri

Gambar sekitar Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) Bil. 4/2022.

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my