GARIS PANDUAN PERANCANGAN LADANG TERNAKAN UNGGAS NEGERI KEDAH 2022
Pengenalan
20hb Disember 2022 | Alor Setar, Kedah
Garis Panduan Perancangan Ladang Ternakan Unggas Negeri Kedah 2022 ini telah diangkat dan dipersetujui oleh Jawatankuasa Perancang Negeri Kedah Darul Aman pada 29 Ogos 2022 mengikut Kertas No. JPN 3 / 2022 (5.1.1) untuk digunapakai di seluruh Negeri Kedah.
Info
Garis Panduan ini tidak mengatasi mana-mana garis panduan lain. Pelaksanaan dan penguatkuasaan kepada garis panduan yang terkandung di dalam garis panduan ini perlu diselaraskan dengan rancangan pemajuan yang sedang berkuatkuasa di sesuatu kawasan Pihak Berkuasa Tempatan.
Tuan puan boleh memuat turun Garis Panduan ini secara percuma melalui laman sesawang jabatan di pautan ini.