Kursus Pengurusan Aset Alih Kerajaan Malaysia

Image

Pengenalan

24hb Januari 2022 | Alor Setar
 
PLANMalaysia@ Kedah melalui Unit Pengurusan Aset jabatan telah menganjurkan satu Kursus Hands On Pengurusan Aset Alih Kerajaan di Bilik Mesyuarat Jerai, Bangunan Sultan Abdul Halim, Alor Setar selama dua (2) hari bermula dari 23 Januari 2022 hingga 24 Januari 2022.

Info

Kursus ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai yang terlibat dalam pengurusan aset jabatan iaitu dari Unit Pengurusan Aset, Pemeriksaan Aset, Lembaga Pelupusan Aset dan juga Verifikasi Stor. Kursus ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Sobri Bin Hashim.

Tujuan kursus ini diadakan adalah bagi memastikan setiap pegawai yang terlibat dalam pengurusan aset jabatan mendapat pendedahan secara khusus dan terperinci berkaitan tatacara pengurusan aset alih kerajaan terutama dalam penyediaan dokumen-dokumen serta prosedur yang berkaitan untuk Tatacara Pemeriksaan Aset, Tatacara Pelupusan Aset dan Tatacara Verifikasi Stor. Kursus ini juga menekankan tentang pematuhan Pekeliling Perbendaharaan tentang pengurusan aset alih kerajaan.

PLANMalaysia@Kedah berharap agar semua peserta kursus dapat memanfaatkan input-input yang dipelajari sepanjang menghadiri kursus seterusnya dapat meningkatkan kualiti pengurusan aset di jabatan.

Galeri

Gambar sekitar kursus pengurusan aset alih kerajaan Malaysia.

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my