Penyelarasan Data Gunatanah Negeri Kedah untuk Sistem iPLAN

Image

Pengenalan

25hb Januari 2022 | Alor Setar
 
MESYUARAT PENGUMPULAN DAN PENYELARASAN DATA GUNATANAH NEGERI KEDAH BAGI DATA JULAI-DISEMBER 2021 UNTUK PENGEMASKINIAN SISTEM I-PLAN
 
PLANMalaysia@Kedah melalui Unit Maklumat Gunatanah & ICT telah mengadakan Mesyuarat Pengumpulan Dan Penyelarasan Data Gunatanah Negeri Kedah Bagi Data Julai hingga Disember 2021 untuk pengemaskinian Sistem Maklumat Gunatanah Perancangan Bersepadu ( I-Plan) bertempat di Bilik Mesyuarat Jerai, Aras 10, PLANMalaysia@Kedah.

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh wakil Jabatan Perancangan dari 12 Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Kedah, wakil Unit GIS BPEN, wakil Pejabat Projek Zon Utara dan wakil Unit Kawalan Perancangan PLANMalaysia@Kedah.

Info

Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk memantau status pengumpulan data daripada setiap pembekal data (PBT) bagi sesi data Julai hingga Disember 2021 supaya mematuhi jadual proses pengemaskinian data.

Dalam mesyuarat ini juga telah dilaksanakan sesi penyerahan sijil penghargaan daripada Bahagian Maklumat Gunatanah Negara (BMGN), PLANMalaysia selaku pemilik Sistem I-Plan kepada semua yang terlibat dalam penyediaan data-data Sistem I-Plan. Sesi penyerahan sijil telah disempurnakan melalui wakil PLANMalaysia@ Kedah iaitu Puan Siti Azliza Binti Sulaiman (Ketua Unit Maklumat Gunatanah & ICT) kepada wakil-wakil PBT yang hadir.

Jabatan merakamkan setinggi penghargaan kepada semua PBT Negeri Kedah kerana telah memberi komitmen dan kerjasama yang baik dalam membekalkan data-data gunatanah Negeri Kedah. Diharap kerjasama ini akan terus berlanjutan.

Galeri

Gambar sekitar mesyuarat penyelarasan data gunatanah negeri Kedah untuk sistem iPLAN.

Image
Image
PLANMalaysia@Kedah
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 733 1077 / 733 5900
Emel : jpbd@kedah.gov.my