Program Sebaran Garis Panduan Perancangan (GPP)

Image

Pengenalan

31hb May 2022 | Alor Setar

PROGRAM SEBARAN GARIS PANDUAN PERANCANGAN (GPP)I

- GPP PENGINAPAN PEKERJA BERPUSAT (CENTRALISED LABOUR QUARTERS - CLQ) DAN PROSEDUR PERMOHONAN BAGI PENYEDIAAN PENGINAPAN PEKERJA SECARA JANGKA PENDEK (TEMPORARY LABOUR QUARTERS - TLQ)
- GPP TAHAP DAYA TAHAN BENCANA BANDAR-BANDAR DI MALAYSIA (DISASTER RESILIENT) (2019)
- GPP PELAKSANAAN HEALTHY WALKABLE CITY (2017)

Info

PLANMalaysia@Kedah melalui Unit Dasar dan Garis Panduan telah mengadakan Program Sebaran Garis Panduan Perancangan (GPP) bertempat di The Jerai Hotel Alor Setar. Sebanyak tiga (3) GPP telah dibentangkan iaitu :

i. GPP Penginapan Pekerja Berpusat (Centralised Labour Quarters - CLQ) Dan Prosedur Permohonan Bagi Penyediaan Penginapan Pekerja Secara Jangka Pendek (Temporary Labour Quarters - TLQ),
ii. GPP Tahap Daya Tahan Bencana Bandar-Bandar Di Malaysia (Disaster Resilient) (2019), dan
iii. GPP Pelaksanaan Healthy Walkable City (2017).

Tujuan program sebaran ini diadakan adalah untuk memberi penerangan dan meningkatkan pemahaman serta mendapatkan maklum balas daripada pihak-pihak terlibat khususnya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi-agensi teknikal yang berkaitan terhadap GPP yang telah disediakan dan diterbitkan oleh PLANMalaysia sebelum GPP ini diterima pakai di peringkat negeri.

Galeri

Gambar sekitar program Sebaran Garis Panduan Perancangan (GPP)

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my