Kursus Hands On Pengurusan Stor dan Verifikasi Stor

Image

Pengenalan

4-6 September 2022 | Alor Setar

KURSUS HANDS ON PENGURUSAN STOR DAN VERIFIKASI STOR
 
PLANMalaysia@ Kedah melalui Unit Pengurusan Aset & Stor jabatan telah mengadakan satu kursus Hands On Pengurusan Stor dan Verifikasi Stor selama tiga hari bermula dari 4 hingga 6 September 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Jerai, PLANMalaysia@Kedah.
Kursus ini melibatkan enam belas (16) orang peserta yang terdiri dari pegawai aset, pegawai stor, pegawai verifikasi stor serta pegawai berkaitan dalam pengurusan stor jabatan.

Info

Sesi hands on ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Encik Mohamad Sobri Bin Hashim dan bertujuan untuk memberi input serta maklumat berkaitan pengurusan dan verifikasi stor. Sesi ini juga adalah bagi membantu semua pegawai dalam pengisian borang-borang berkaitan tatacara pengurusan stor kerajaan.

Jabatan berharap dengan adanya kursus ini akan dapat meningkatkan lagi kemahiran setiap pegawai seterusnya memastikan pengurusan stor jabatan lebih efektif.

Galeri

Gambar sekitar Hands On Pengurusan Stor dan Verifikasi Stor di Alor Setar, Kedah.

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my