PROGRAM PUBLISITI & PENYERTAAN AWAM :
DRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PENDANG, KEDAH 2035 (PENGGANTIAN)

Image

Pengenalan

11hb Januari 2023 | PMKedah | Alor Setar, Kedah

PROGRAM PUBLISITI & PENYERTAAN AWAM :
DRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PENDANG, KEDAH 2035 (PENGGANTIAN)

Program Publisiti dan Penyertaan Awam bagi Draf RTD Pendang, Kedah 2035 (Penggantian) telah bermula pada 26 Disember 2022 hingga 26 Januari 2023 adalah merupakan program yang akan memberi peluang kepada orang awam untuk turut serta di dalam perancangan sebelum Laporan Draf RTD ini diangkat bagi tujuan pewartaan dan penerimapakaian oleh Pihak Berkuasa Negeri.

Info

Rancangan Tempatan Daerah Pendang, Kedah 2035 (Penggantian) [RTD Pendang, Kedah 2035 (P)] disediakan mengikut Seksyen 16 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). RTD Pendang, Kedah 2035 (P) ini akan menggantikan Rancangan Tempatan Daerah Pendang, Kedah 2020 termasuk Pengubahan 1, 2 dan 3 yang telah diwartakan sebelum ini. Tempoh perancangan RTD Pendang, Kedah 2035 (P) ini adalah sehingga tahun 2035.

Laporan ini juga menterjemahkan secara terperinci dasar yang terdapat dalam Rancangan Struktur Negeri Kedah 2035 (RSNK 2035).

Selain itu, laporan ini menyediakan panduan perancangan dan pembangunan untuk membantu pihak Majlis Daerah Pendang (MDP) melaksanakan fungsinya sebagai Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) dengan lebih efektif dan efisien.

Manakala bagi penduduk tempatan anda boleh mengunjungi dua (2) lokasi tetap pameran iaitu :
?Ruang Lobi, Majlis Daerah Pendang? Aras 10, Pejabat, PLANMalaysia Kedah
Lokasi bergerak pula adalah di :
?Bazar Kemboja Pekan Pendang (Jumaat)
?Pasar Hari Pekan Pendang (Selasa)
?Pasar Hari Kubur Panjang (Isnin)
? Pasar Hari Kilang Kechil (Jumaat)

Jom Pakat Mai Ramai !!

Galeri

Gambar Program Publisiti dan Penyertaan Awam bagi Draf RTD Pendang, Kedah 2035 (Penggantian).

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my