MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI KEDAH (JPN) KALI KE 165 (1/2023)

Image

Pengenalan

28hb Mac 2023 | Bilik Gerakan Negeri | Wisma Darul Aman | Alor Setar | Kedah

MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI KEDAH (JPN) KALI KE 165 (1/2023)
 
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YAB. Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md. Nor, Menteri Besar Kedah ini telah diadakan secara hibrid di Bilik Gerakan Negeri, Blok E, Aras 6, Wisma Darul Aman.

Info

Mesyuarat ini dihadiri oleh dua orang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (MMKN) iaitu YB. Dato’ Dr. Mohd Hayati bin Othman dan YB. Dr. Robert Ling Kui Ee sebagai ahli tetap. Manakala Ahli - ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah ( MMKN) yang lain turut dijemput hadir secara atas talian. Mesyuarat berkenaan dihadiri oleh barisan pegawai-pegawai tertinggi kerajaan Negeri Kedah dan jabatan - jabatan teknikal seperti Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, YB. Penasihat Undang-undang Negeri Kedah, Timbalan Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Pembangunan), Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah dan lain-lain. Pegawai - Pegawai Daerah dan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan Di Negeri Kedah turut serta dalam menjayakan mesyuarat ini.
 
Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Kedah Bil. 1/2023 ini telah membentangkan 5 Kertas Kerja Dasar, 13 Kertas Kerja Penyediaan/Penggantian/Pengubahan Rancangan Tempatan dan 2 Kertas Kerja Pemakluman bagi projek-projek kerajaan negeri yang diurus dan diselia oleh Jabatan Kerja Raya.

Mesyuarat ini diakhiri dengan penyerahan dokumen kajian yang disediakan oleh PLANMalaysia@Kedah menerusi Unit Projek Khas. Majlis ini disempurnakan oleh YAB. Menteri Besar Kedah kepada Timbalan Setiusaha Kerajaan Negeri Kedah (Pembangunan), Dato’ Haji Mohd Fauzi bin Mustaffa bagi Pelan Pembangunan Bandar Diraja Anak Bukit, Kedah dan Yang Dipertua Majlis Daerah Baling, Tuan Haji Mohd Shahadan bin Haji Abdullah bagi Cadangan Pembangunan Pelancongan Gua-gua di rangkaian Gunung Pulai, Baling.

Mesyuarat ditangguhkan jam 1.30 petang.

Sumber:
Urusetia JPN Negeri Kedah

Galeri

Gambar sekitar mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Kedah kali ke 165.

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my