LAWATAN KERJA BAGI TUJUAN INFORMASI BERKAITAN PEMBANGUNAN SISTEM DIGITAL DI BAHAGIAN KAWALAN PERANCANGAN JPBD PERAK (PLANMALAYSIA@PERAK)

Image

Pengenalan

30hb Mac 2023 | JPBD Negeri Perak | Ipoh | Perak

LAWATAN KERJA BAGI TUJUAN INFORMASI BERKAITAN PEMBANGUNAN SISTEM DIGITAL DI BAHAGIAN KAWALAN PERANCANGAN JPBD PERAK (PLANMALAYSIA@PERAK)
 
Satu  lawatan kerja yang disertai oleh 11 orang pegawai PLANMalaysia@Kedah dari Unit Kawalan dan Unit Maklumat Gunatanah & ICT telah diadakan ke PLANMalaysia@Perak.

Info

Lawatan kerja yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Perancangan, Tuan Haji Mustafa Bakri Bin Alias Sani ini adalah bertujuan bagi mendapatkan informasi serta berkongsi pengalaman berkaitan pembangunan sistem digital di bahagian kawalan perancangan. Jabatan sedang dalam proses meningkatkan tahap kualiti perkhidmatan ulasan perancangan serta pengurusan fail seterusnya menaiktaraf Kedah Spatial Information System (KSIS) supaya menjadi lebih efektif dan menyeluruh.

Perkongsian daripada PLANMalaysia@Perak yang di sampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kawalan Perancangan, Geospatial & ICT iaitu Puan Rosmiyani Binti Che Harun sangat membantu jabatan. Banyak informasi dan input yang diberikan dapat diaplikasikan di jabatan kelak.

Jabatan merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada PLANMalaysia@Perak atas kesudian menerima kunjungan daripada PLANMalaysia@Kedah dan berkongsi informasi dan pengalaman yang sangat bermakna.

TERIMA KASIH DAUN KELADI
ADA REZEKI MAI LA KE KEDAH NANTI

Galeri

Gambar sekitar lawatan kerja PLANMalaysia@Kedah dari Unit Kawalan dan Unit Maklumat Gunatanah & ICT ke PLANMalaysia@Perak.

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my