GARIS PANDUAN PERANCANGAN KAWASAN LAPANG 2022

Image

Pengenalan

5hb April 2023 | PLANMalaysia@Kedah | Alor Setar | Kedah

GARIS PANDUAN PERANCANGAN KAWASAN LAPANG 2022

Sasaran untuk mencapai keluasan 2 hektar kawasan lapang bagi 1,000 penduduk di negara ini akan tercapai melalui penyediaan Garis Panduan Perancangan (GPP) Kawasan Lapang 2022 yang telah disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan.

Info

GPP ini disediakan sebagai panduan seragam kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), agensi-agensi teknikal, pelaksana dan pemaju dalam merancang, mengawal dan mereka bentuk penyediaan kawasan lapang khususnya semasa peringkat permohonan kebenaran merancang di PBT.

GPP ini telah mengambil kira keperluan pembangunan semasa dengan memperincikan definisi kawasan lapang iaitu 3 kategori kawasan lapang, perundangan berkaitan, prinsip perancangan, hierarki kawasan lapang dan keperluan keluasan minimum penyediaan kawasan lapang mengikut jenis pemajuan.

Dokuman ini telah pun tersedia untuk dimuat turun melalui QR Code yang disediakan atau pautan di bawah.

Buka GPP Kawasan Lapang  


R&D PLANMalaysia
#MalaysiaMADANI
#StrongerTogether
#DemiPertiwi
#UnityInDiversity
#PLANMalaysia

Galeri

Risalah Garis Panduan Perancangan (GPP) Kawasan Lapang 2022 yang telah disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my