MAKLUMAT GUNA TANAH SEMENANJUNG MALAYSIA 2022 | SISTEM MAKLUMAT GUNA TANAH PERANCANGAN BERSEPADU

Image

Pengenalan

2hb Mei 2023 | Aras 12 | PLANMalaysia@Kedah

MAKLUMAT GUNA TANAH SEMENANJUNG MALAYSIA 2022 | SISTEM MAKLUMAT GUNA TANAH PERANCANGAN BERSEPADU (I-Plan)
 
Maklumat Guna Tanah Semenanjung Malaysia 2022 (sehingga Jun 2022) disediakan berdasarkan Sistem Maklumat Guna Tanah Perancangan Bersepadu (I-Plan) yang telah dibangunkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) sejak tahun 2013 melalui Bahagian Maklumat Gunatanah Negara (BMGN).

Bagi tujuan penyeragaman maklumat guna tanah ini, keluasan negara diselaraskan mengikut sempadan shoreline. Penetapan empat jenis guna tanah utama adalah berdasarkan Rancangan Fizikal Negara dan diselaraskan dengan 12 jenis guna tanah mengikut Manual Sistem Maklumat Geografi (GIS) Rancangan Pemajuan versi 2.0.

Info

Cerapan maklumat guna tanah ini diperoleh melalui I-Plan yang merupakan sistem pengurusan dan perkongsian maklumat guna tanah perancangan bersepadu yang komprehensif, efektif dan efisien serta dapat memacu perancangan fizikal negara melalui pelaksanaan dan pemantauan perancangan pembangunan yang komprehensif, sistematik dan inovatif ke arah kesejahteraan masyarakat serta kemakmuran negara.

I-Plan turut memaparkan maklumat guna tanah semasa, guna tanah zon perancangan (zoning) serta guna tanah komited yang dikemaskini setiap enam (6) bulan, dengan kerjasama PLANMalaysia Negeri serta 101 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

I-Plan juga dapat membantu memberi khidmat nasihat kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi-agensi lain berkaitan penggunaan dan pembangunan tanah serta dalam penyediaan Rancangan Pemajuan.

Sebarang pertanyaan atau penjelasan lanjut berkaitan Maklumat Guna Tanah dan I-Plan boleh dipanjangkan kepada Bahagian Maklumat Gunatanah Negara melalui laman sesawang; iplan.planmalaysia.gov.my atau dapatkan capaian broshur di pautan ini.

TPr Alias Rameli
Haji Hassan Yaakob
Bmgn I-Plan

#PLANMalaysia
#MalaysiaBerdayaHuni
#Demipertiwi
#StrongerTogether
#PasukanKPKT
#BMGN
#iplan
#pemetaan
 
Sumber : PLANMalaysia

Galeri

Gambar berkaitan risalah maklumat Guna Tanah Semenanjung Malaysia 2022.

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my