MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI KEDAH (JPN) KALI KE 167 (3/2023)

Image

Pengenalan

22hb Jun 2023 | Bilik Gerakan Negeri | Wisma Darul Aman | Alor Setar | Kedah
 
MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI KEDAH (JPN) KALI KE 167 (3/2023)
 
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YAB. Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md. Nor, Menteri Besar Kedah ini telah diadakan secara hibrid di Bilik Gerakan Negeri, Blok E, Aras 6, Wisma Darul Aman.

Info

Mesyuarat ini dihadiri oleh dua orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (MMKN) iaitu YB. Dato’ Dr. Mohd Hayati bin Othman dan YB. Dato' Wira Dr. Ku Rahman bin Ku Ismail sebagai ahli tetap. Manakala Ahli - ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (MMKN) yang lain turut dijemput hadir secara atas talian.

Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan Negeri Kedah seperti YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, YB. Penasihat Undang-undang Negeri Kedah dan Pengarah-Pengarah jabatan teknikal negeri, Pegawai-Pegawai Daerah dan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Kedah turut serta dalam menjayakan mesyuarat ini.

Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Kedah Bil. 3/2023 ini telah membentangkan 1 Kertas Kerja Dasar, 5 Kertas Kerja Penyediaan/Penggantian/Pengubahan Rancangan Tempatan dan 1 Kertas Kerja Pemakluman bagi projek-projek kerajaan negeri yang diurus dan diselia oleh Jabatan Kerja Raya.

Mesyuarat ditangguhkan jam 4.30 petang.

Sumber : Urusetia JPN Negeri Kedah

Galeri

Gambar sempena Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri ke 167 (3/2023) yang telah berlangsung di Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah.

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my