MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI (JPN) KALI KE 168 (BIL. 4/2023)

Image

Pengenalan

20hb November 2023 | Bilik Gerakan Negeri | Blok E | Aras 6| Wisma Darul Aman | Alor Setar | Kedah
 
MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI (JPN) KALI KE 168 (BIL. 4/2023)
 
Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) kali ke 168 Bil. 4/2023 telah diadakan di Bilik Gerakan Negeri, Blok E, Aras 6, Wisma Darul Aman.

Info

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YAB. Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Bin Md. Nor, Menteri Besar Kedah. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (MMKN) yang baharu sahaja dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah (ADUN) pada Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Kedah (PRN) pada 12 Ogos 2023 yang lalu.

Empat orang ADUN telah dilantik sebagai Ahli Tetap mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Kedah ialah YB. Mejar (B) Mansor bin Zakaria, YB. Tuan Haji Mohamad Yusoff @ Munir bin Zakaria, YB. Dr. Haim Hilman Bin Abdullah dan YB. Dato’ Ustazah Hjh Siti Aishah binti Haji Ghazali.

Turut hadir pada mesyuarat berkenaan adalah barisan pegawai-pegawai tertinggi kerajaan Negeri Kedah dan jabatan teknikal seperti Timbalan Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Pembangunan), YB. Penasihat Undang-undang Negeri Kedah, Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah dan lain-lain.

Terdapat juga pembentang-pembentang kertas kerja daripada jabatan di luar Negeri Kedah yang terlibat seperti Pejabat Projek Zon Utara dan Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, PLANMalaysia Ibu Pejabat.

Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Bil.4/2023 telah membentangkan 6 Kertas Kerja Dasar, 3 Kertas Kerja Penyediaan/Penggantian/Pengubahan Rancangan Tempatan dan 11 Kertas Kerja

Pemakluman bagi projek-projek kerajaan negeri. Mesyuarat ditangguhkan jam 1.30 petang.
 
Sumber : Urusetia JPN Negeri Kedah

Galeri

Gambar sekitar mesyuarat Jawatankuasa Perancang (JPN) Negeri Kedah kali ke 168 Bil. 4/2023.

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my