Mesyuarat Penyelarasan Sistem Pemantauan RSN Kedah 2035

Image

Pengenalan

17hb Oktober 2023 | Dewan Persidangan Arasa 12 | Bangunan Sultan Abdul Halim | Alor Setar | Kedah
 
MESYUARAT PENYELARASAN SISTEM PEMANTAUAN RSN KEDAH 2035
 
Jabatan melalui Unit Rancangan Pemajuan telah mengadakan satu Mesyuarat Penyelarasan Sistem Pemantauan Rancangan Struktur Negeri Kedah 2035 bersama agensi-agensi dan jabatan pelaksana yang terlibat dalam pelaksanaan dasar-dasar dan strategi RSN Kedah 2035.

Info

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh perunding yang dilantik iaitu Perunding HPCS Sdn.Bhd. yang telah membentangkan penggunaan Aplikasi Mobil Sistem Pemantauan RSN Kedah 2035.

 
Mesyuarat ini bertujuan untuk menyelaras semula pengisian dan pengemaskinian data dan maklumat yang perlu dilengkapkan di dalam sistem bagi membolehkan Laporan Pemantauan dijana untuk tempoh 6 bulan pertama tahun 2023.

Jabatan merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang telah memberi sepenuh komitmen dalam melengkapkan data bagi kelancaran sistem ini.

Galeri

Imej sekitar berkaitan dengan mesyuarat Penyelarasan Sistem Pemantauan Rancangan Struktur Negeri Kedah 2035.

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my