MESYUARAT PENYELARASAN AKHIR VERIFIKASI INDIKATIF SEMPADAN PENTADBIRAN MAJLIS KETUA KAMPUNG (MKK) NEGERI KEDAH

Image

Pengenalan

11hb Jun 2024 | PLANMalaysia Kedah | Alor Setar | Kedah
 
MESYUARAT PENYELARASAN AKHIR VERIFIKASI INDIKATIF SEMPADAN PENTADBIRAN MAJLIS KETUA KAMPUNG (MKK) NEGERI KEDAH
 
Adalah dimaklumkan PLANMalaysia Kedah selaku penyelaras telah berkerjasama dengan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah (BPEN) dan Pejabat Projek Zon Utara (PPZU) telah mengadakan sesi verifikasi indikatif sempadan pentadbiran Majlis Ketua Kampung (MKK) Negeri Kedah bermula 22 April 2024 sehingga 20 Mei 2024 yg lalu.

Info

Sesi verifikasi indikatif sempadan pentadbiran Majlis Ketua Kampung (MKK) Siri 1, Siri 2 dan Siri 3 telah dilaksanakan bagi dua belas (12) daerah di Negeri Kedah yang merangkumi Daerah Kota Setar, Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, Pendang, Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim, Bandar Baharu dan Langkawi.

Pada hari ini, Mesyuarat Penyelarasan Akhir Verifikasi Sempadan MKK ini diadakan bagi semakan akhir daerah-daerah yang belum lengkap sempadan MKK ini sebelum data sempadan indikatif ini diserahkan kepada BRFN, PLANMalaysia Ibu Pejabat.

Pihak Jabatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada BPEN Negeri Kedah dan Pejabat- pejabat Daerah di Negeri Kedah diatas kerjasama membantu dalam penyelaras penglibatan Penghulu/ Pengerusi / Setiausaha MKK dalam menjayakan sesi verifikasi ini.
 
Sumber : Unit JPN/LR, PLANMalaysia Kedah

Galeri

Gambar sekitar mesyuarat Verifikasi Indikatif Sempadan Pentadbiran Majlis Ketua Kampung (MKK) Negeri Kedah.

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my