MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI KEDAH (JPN) KALI KE 170 (2/2024)

Image

Pengenalan

8hb JuLAI 2024 | Bilik Gerakan Negeri | Blok E | Aras 6 | Wisma Darul Aman | Alor Setar | Kedah
 
MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI KEDAH (JPN) KALI KE 170 (2/2024)
 
Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) kali ke 170 Bil. 2/2024 yang diadakan di Bilik Gerakan Negeri, Blok E, Aras 6, Wisma Darul Aman dipengerusikan oleh YAB. Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Bin Md. Nor, Menteri Besar Kedah dan turut dihadiri oleh ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (MMKN) yang dilantik sebagai ahli tetap iaitu YB. Mejar (B) Mansor bin Zakaria, YB. Tuan Haji Mohamad Yusoff @ Munir bin Zakaria dan YB. Dr. Haim Hilman Bin Abdullah.

Info

Turut hadir pada mesyuarat berkenaan adalah barisan pegawai-pegawai tertinggi kerajaan Negeri Kedah dan jabatan - jabatan teknikal seperti Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Pengarah Pejabat tanah dan Galian Negeri Kedah, Penasihat Undang-undang Negeri Kedah, Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah dan lain-lain. Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (MMKN) yang lain dan Pegawai - Pegawai Daerah serta Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan Di Negeri Kedah turut serta dalam menjayakan mesyuarat ini.

Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Kedah Bil. 2/2024 ini telah membentangkan 6 Kertas Kerja Dasar, 6 Kertas Kerja Penyediaan/Penggantian/Pengubahan Rancangan Tempatan termasuk 2 Kertas Kerja Tambahan, 1 Kertas Kerja Rayuan dan 3 Kertas Kerja Pemakluman.

Mesyuarat ditangguhkan jam 2.15 petang.

Sumber : Urusetia JPN Negeri Kedah

Galeri

Gambar sekitar Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Kedah Bil. 2/2024.

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my