MESYUARAT PENGENALAN PERUNDING & BENGKEL TECHNICAL WORKING GROUP PELAN INDUK CADANGAN PEMBANGUNAN PEKAN BATU LIMA, DAERAH SIK

Image

Pengenalan

7hb Ogos 2022 | KEDA Agrobizz, Batu Lima, Sik, Kedah

MESYUARAT KICK OFF PENGENALAN PERUNDING & BENGKEL TECHNICAL WORKING GROUP (TWG) PELAN INDUK CADANGAN PEMBANGUNAN PEKAN BATU LIMA, DAERAH SIK, KEDAH DARUL AMAN

PLANMALAYSIA@KEDAH melalui Unit Projek Khas sedang melaksanakan Kajian Pelan Induk Pembangunan Pekan Batu Lima, Sik melalui perunding yang dilantik iaitu Green Acres Studio Sdn. Bhd. yang diketuai oleh TPr CA. Cheng Hui Lin.
 

Info

 
Kajian ini bermula dari 31 Julai 2022 hingga 31 Oktober 2022. Sesi Mesyuarat Kick Off Pengenalan Perunding telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Perancangan Tuan Haji Mustafa Bakri Bin Alias Sani. Manakala Sesi TWG melibatkan Majlis Daerah Sik, agensi/jabatan teknikal berkaitan, wakil penduduk Pekan Batu Lima.

Objektif kajian ini menekankan penghasilan pelan induk pembangunan dan pelan sokongan bagi mewujudkan imej dan identiti Pekan Batu Lima, mengoptimumkan perancangan guna tanah serta merangka cadangan projek mengikut fasa bersesuaian.

Diharap dengan penglibatan semua pihak dan lapisan masyarakat dalam sesi bengkel ini akan dapat memberi input dalam menghasilkan pelan cadangan yang lebih berkualiti dan berdaya laksana bertempat di Dewan Mahkota Dewa, Keda AgroBiz, Charuk Tualang, Pekan Batu Lima, Sik.
 

Galeri

Gambar sekitar Mesyuarat Pengenalan Perunding & Bengkel Technical Working Group (TWG) Pelan Induk Cadangan Pembangunan Pekan Batu Lima, Sik, Kedah.

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my