Permohonan Projek Kerajaan (Seksyen 20A) Akta 172
Jawatankuasa Perancang Negeri adalah bertanggungjawab untuk mengawal selia, mengawal, merancang, dan menyelaras aktiviti pemajuan di dalam Negeri. Jawatankuasa Perancang Negeri juga bertanggungjawab untuk menasihati Kerajaan Negeri mengenai permuliharaan, penggunaan dan pemajuan tanah di dalam Negeri.
Jawatankuasa Perancang Negeri di bawah Seksyen 20A Akta 172 ini boleh dilihat sebagai satu forum untuk menyelaraskan pelaksanaan dan keperluaan teknikal pelbagai agensi dengan tujuan untuk mengawal dan merancang pemajuan yang hendak dilakukan. Pihak Berkuasa Negeri (PBN) juga boleh mengambil maklum berkenaan dengan projek pembangunan yang hendak dilaksanakan dan mengelakkan kemungkinan pemajuan berkenaan adalah di luar daripada perancangan dan menyulitkan kerja-kerja penyelarasan pembangunan fizikal di kawasan tersebut. Melalui rundingan ini juga, aktiviti-aktiviti pemajuan akan mendapat perhatian kerajaan Negeri bagi memastikan ia selaras dengan dasar semasa Negeri berkenaan.
kebenaran merancang adalah proses yang efektif dan merupakan keperluan perundangan, namun proses rundingan di bawah seksyen 20A boleh dilaksanakan sebagai usaha altenatif untuk menangani isu-isu kelewatan dan mempercepatkan perlaksanaan projek-projek Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan .
Matlamat Jawatankuasa Perundingan Teknikal – Jawatankuasa
Perancang Negeri Kedah (JPT-JPNK)
Matlamat penubuhan JPT-JPNK adalah untuk memendekan norma masa memproses permohonan kebenaran merancang bagi projek Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan, melalui proses rundingan selaras dengan Seksyen 20A, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172); kawajipan untuk berunding dengan Jawatankuasa .
Fungsi Jawatankuasa Perundingan Teknikal – Jawatankuasa Perancang Negeri Kedah (JPT-JPNK)
Menimbang permohonan secara rundingan bagi projek-projek diurus dan diselia oleh Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan Di Negeri Kedah.