+604-7331077
jpbd@kedah.gov.my
 Ahad - Rabu 8.00am - 5.00pm | Khamis 8.00am - 3.30pm
Unit UMG & ICT Jabatan adalah salah satu Unit dibawah Bahagian Perancangan dan Pembangunan. Unit UMG & ICT menyediakan data maklumat gungtanah, perkhidmatan sokongan ICT kepada warga Jabatan serta bertanggungjawab terhadap perkembangan dan penyelarasan ICT di Jabatan.
Mewujudkan satu sistem pangkalan data gunatanah perancangan yang bersepadu serta komprehensif ke arah transformasi pengurusan dan capaian data perancangan secara lebih efisien, tepat, efektif dan boleh dipercayai.
Membangun, menyelenggara dan memantau Sistem K-Map dan KeChart , Laman Web Jabatan, multimedia dan aplikasi sokongan yang lain, Menentukan keperluan infrastruktur rangkaian, perkakasan dan perisian ICT di Jabatan serta menyedia dan menyelenggara infrastruktur ICT dan khidmat sokongan teknikal. Mentadbir urus operasi Pusat Data dan Keselamatan ICT Jabatan. Melaksanakan program pembangunan kemahiran dan pembudayaan ICT; dan Melaksanakan perolehan ICT.
Memudahcara pengurusan maklumat gunatanah perancangan melalui aktiviti penyeragaman, pengemaskinian, perkongsian dan capaian maklumat dan data gunatanah perancangan secara atas talian.
Membangunkan sistem aplikasi yang komprehensif dengan mengintegrasikan teknologi sumber terbuka yang melibatkan maklumat geospatial dan bukan spatial di dalam satu persekitaran ICT yang boleh menjimatkan kos serta sumber pembangunannya, mesra pengguna, berinteraktif dan mudah difahami.
Mengelakkan pertindihan penyediaan maklumat dan membolehkan perancangan gunatanah serta penentuan kesediaan tanah untuk pembangunan yang berkesan melalui modul-modul aplikasi yang tepat dari peringkat makro hingga ke peringkat mikro.
Mewujudkan pangkalan data bersepadu yang teratur, seamless dan yang sentiasa dikemaskini. Menyelaras, memantau dan meningkatkan penggunaan teknologi komputer yang terkini kepada semua pegawai dan kakitangan di Jabatan. Mempertingkatkan kecekapan pengurusan ICT bagi menyokong keperluan strategik Jabatan dan membudayakan ICT kepada warganya.
BENGKEL PENGEMASKINIAN DATA STATUS PEWARTAAN TANAH LAPANG AWAM NEGERI KEDAH SEHINGGA DISEMBER 2021 Pengenalan 17hb Mac 2022 | Alor Setar Jabatan melalui Unit Maklumat Gunatanah dan ICT telah
...BENGKEL VERIFIKASI DATA GUNATANAH NEGERI KEDAH BAGI DATA JULAI-DISEMBER 2021 UNTUK PENGEMASKINIAN SISTEM I-PLAN Pengenalan 16hb Mac 2022 | Alor Setar PLANMalaysia@Kedah melalui Unit Maklumat
...Penyelarasan Data Gunatanah Negeri Kedah untuk Sistem iPLAN Pengenalan 25hb Januari 2022 | Alor Setar MESYUARAT PENGUMPULAN DAN PENYELARASAN DATA GUNATANAH NEGERI KEDAH BAGI DATA
...Aktiviti Bengkel Latihan Perisian ArcGIS 12hb Januari 2022 | Nilai | Negeri Sembilan Pengenalan PLANMalaysia@Kedah melalui Unit Maklumat Gunatanah Dan ICT telah menghantar lima (5) orang pegawai
...Bengkel Status Pewartaan Tanah Lapang Awam Pengenalan 16hb Mac 2021 | Alor Setar BENGKEL PENGEMASKINIAN DATA STATUS PEWARTAAN TANAH LAPANG AWAM NEGERI KEDAH BAGI DATA SEHINGGA DISEMBER 2020
...BENGKEL PENGEMASKINIAN DATA GUNATANAH NEGERI KEDAH BAGI DATA JULAI-DISEMBER 2020 UNTUK PEMBANGUNAN SISTEM MAKLUMAT GUNATANAH PERANCANGAN BERSEPADU (I-PLAN) Pengenalan 16hb Mac 2021 | Alor Setar
...