+604-7291888
jpbd@kedah.gov.my
 Ahad - Rabu 8.00am - 5.00pm | Khamis 8.00am - 3.30pm
Bahagian kawalan perancangan di Jabatan Perancang Bandar Dan Desa Negeri di pertanggungjawabkan bagi memastikan perancangan dan pembangunan yang dilaksanakan bagi seluruh Negeri Kedah adalah teratur, terkawal dan harmoni bagi mewujudkan persekitaran kehidupan manusia yang berkualiti dan mampan selaras dengan keperluan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).
Tugas ini direalisasikan melalui proses kebenaran merancang dan yang berkaitan dengannya, samada permohonan kebenaran merancang itu di kemukakan kepada pihak berkuasa tempatan atau kepada Jabatan ini.
Subseksyen 19(1), Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172), menyatakan dengan jelas tentang keperluan perundangan bagi mendapatkan kelulusan kebenaran merancang daripada Pihak Berkuasa Perancang Tempatan sebelum memula, mengusaha atau menjalankan apa-apa pemajuan di atas tapak.
Menyumbangkan tenaga dalam usaha-usaha kerajaan untuk menjayakan projek-projek pembangunan yang mana bertujuan untuk memberi kemudahan-kemudahan kepada rakyat serta meninggikan taraf hidup rakyat di seluruh negeri.
Menggalak dan mengesyorkan pertumbuhan kemajuan bandar dan desa di dalam negeri.
Merancang dan melaksanakan dasar kemajuan perumahan,perdagangan, pertanian dan perindustrian peringkat negeri dan tempatan serta kawasan-kawasan bandar dan desa bagi menentukan penggunaan tanah yang optimum serta berekonomi supaya pembangunan sosial dan ekonomi dapat dijalankan dengan cekap dan berkesan bagi memberi keselesaan hidup kepada penduduk negeri.
Memberi khidmat perancangan dari segi fizikal di peringkat negeri dan daerah untuk menerap objektif-objektif terkandung dalam Dasar Ekonomi Baru bagi menyusun semula masyarakat, membasmi kemiskinan dan mengimbangkan kemudahan ekonomi di seluruh Semenanjung Malaysia.
Menggalakkan taraf hidup berkualiti dalam alam persekitaran yang tinggi dan memperbaiki kualiti cara hidup yang nyaman oleh penduduk negeri.
Menyelaraskan dan mengawasi kelicinan perlaksanaan Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) pindaan 1995 (Akta A933) dan pindaan 2001 (Akta A1129)
i. Memberi ulasan permohonan Kebenaran Merancang yang dirujuk kepada PBT melalui Pusat Setempat (OSC) dan OSC 3 Plus Online;
ii. Memberi ulasan permohonan kelulusan Environmental Impact Assessment (EIA);
iii. Memberi Ulasan terhadap Permohonan Tanah seperti Ubah Syarat Tanah, Pemberimilikan / pindahmilik, Pengambilan Balik Tanah, Pengeluaran Warta Tanah Bukit / Warta Pengairan, Lesen Tumpangan Sementara;
iv. Memproses permohonan Perlingkungan/Pengubahan Semula dan Penambahan Nisbah Plot/Kepadatan dan perubahan jadual Kelas Guna Tanah (KGT) Rancangan Tempatan;
v. Menyediakan kertas kerja dan persembahan kepada Jawatankuasa Teknikal Perancang Negeri dan Jawatankuasa Perancang Negeri;
vi. Memproses permohonan Kebenaran Merancang Secara Rundingan bagi Projek-projek Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri (Seksyen 20A); dan
vii. Memberi khidmat nasihat perancangan sama ada melalui kaunter atau permohonan rasmi serta secara atas talian.
Perundangan-Perundangan yang digunakan semasa memproses Kebenaran Merancang adalah seperti berikut :-
UNIT KAWALAN PERANCANGAN, TANAH KERAJAAN DAN RUNDINGAN SEKSYEN 20A
Jumlah Mengikut Jenis Permohonan
UNIT KAWALAN PERANCANGAN, TANAH KERAJAAN DAN RUNDINGAN SEKSYEN 20A
Jumlah Mengikut Jenis Permohonan
UNIT KAWALAN PERANCANGAN, TANAH KERAJAAN DAN RUNDINGAN SEKSYEN 20A
Jumlah Mengikut Jenis Permohonan
UNIT KAWALAN PERANCANGAN, TANAH KERAJAAN DAN RUNDINGAN SEKSYEN 20A
Jumlah Mengikut Jenis Permohonan
Mesyuarat Sistem Maklumat Perancangan Gunatanah Bersepadu (i-PLAN)